help me click this.. thx! :)

Friday 29 November 2013

Pernah rasa tak?

Salam..

pernah rasa tak?
rasa apa? alaa, rasa macam diri kita ni serba kekurangan..
serba tak kena... ada je yang tak betul...

orang lain ada tu, tapi aku ada ni je..
orang tu boleh buat tu, tapi aku boleh buat ni je..
orang lain dapat pergi sana, tapi aku duduk sini je..

kenapa aku macam ni, kenapa dia elok je?
kenapa semua yang tak elok aku je yang dapat?


cup..cup..cup!! cukup la itu saja contohnya..
 aku rasa, setiap manusia pun akan terlintas di fikiran masing2 bnda2 mcam ni..
takde masalah pun
tapi tak elok kalau dah set mind kita macam tu.. bnda -ve je ada kat otak.
kalau fikir untuk perbaiki kekurangan kita takpe la.. macam pembakar semangat..


tak semua manusia sempurna..
setiap manusia mesti ada kekurangan dia..
mungkin kita tak nampak benda tu. yang kita nampak cuma kesempurnaan dia..
mungkin la..
bersyukurlah dengan apa yang kita kesempurnaan yang kita ada walaupun tak sama dengan orang yang kita admirer tu..
orang lain lagi banyak kekurangan dari kita.. tapi kerana mereka ingat Allah, mereka bersyukur..


kita mesti pernah kata, "kan best kalau aku ada apa yang dia ada.. kan best kalau aku jadi dia"
dalam diam...
mungkin orang yang kita nak sngt jadi tu kata macam ni
"kan best kalau aku jadi dia.."

KITA MUNGKIN NAK SANGAN JADI SEPERTI ORANG LAIN,
TAPI DALAM KITA TAK TAHU, ADA JUGA ORANG NAK JADI MACAM KITA..
MANUSIA TU TAK PERFECT..
ADA LA TU KELEBIHAN DIRI KITA. MUNGKIN TAK NAMPAK LAGI..
TAPI JANGAN RISAU!
PASTI ADA..


BE POSITIVE!
anything can happen..
stay calm..
Trust Allah..

Salah

SALAM..

sesiapa pun mesti pernah buat salah? 
salah ke kalau buat salah?
tak salah kalau kesalahan yang kita buat tu akan beri kita pengajaran..
yang penting, bila dah dapat pengajaran.. 
cuba tekadkan diri untuk tak buat lagi kesalahan tu..

orang buat salah dekat kita?
salah ke kalau orang lain buat salah dekat kita?
tak salah kalau kita boleh terima kesalahan mereka itu..
mungkin dorang tak sengaja.. jadi maafkan je la tanda hati kita bersih..

 

apa yang penting..
diri kita sendiri sebenarnya..
sebab salah satu penentu hidup kita adalah diri kita sendiri..
-- so, try la untuk perbaiki diri sendiri..
biar diri kita pada hari ini lebih baik dari diri kita yang semalam..

 

-- lagi satu cuba untuk maafkan keasalahn orang lain..
diri kita pun tanpa sedar ada jugak buat salah..
mungkin orang lain pun macam tu juga.. dorang buat salah dekat kita tanpa sedar agaknya?
kalau berani tegur, lagi baik.. kalau tak?
doakan aje dorang dalam diam..
dosa tak dapat tapi pahala free yang masuk!


Be POSITIVE!
anything can happen.. 
stay calm..
trust ALLAH!

Saturday 4 May 2013

Tolonglah Jangan!!

adoiiii..macam mana ni?
eh...
lupa pulak..
Assalamualaikum..

apala nasib..
fon, jgn la ko buat hal...
siuman la cepat..
jgn bt ak gabra..
bukan masanya lagi nak tukar yg baru..
modal masih tdk mencukupi..
TOLONG LAH JANGAN!!
JANGAN LA ROSAK.. please..

oh samsung Monte ku..
tolong..
sedarkan diri mu dgn sewarasnya ye syg..



Di petang Hari...

Salam...

haishh..lepas je tgk masterchef selebriti td terus jd teringin makan pancake..
pandai jg artis-artis ni masak rupanya..
sedap je tgk dorg bt pancake..
melelehleleh...haha..sodap..

seronok jg tgk dorg punya gelagat..
yg paling x leh lupa tgk Mr. Middleton gaduh dgn juri..
xpe2..bak kata "cik Ta = org tgh marah, semua dia cakap"
hurmm..ye la tu..
xpe la..lupa kan..

sekarang ni mmg tgh teringin nak mkn pancake macm dlm tv..
kalau yg selalu buat tu x macam dlm tv.. jd lempeng biasa je..
hehe ngada..
tgk gmbr je la bt masa ni..






 

fulamak weii...sodapnya...


ni google punya gambar..


Tuesday 23 April 2013

Long time No C...

Salam...
tajuk hari ni : bila long time no see..mengarut mula menjelma..
muahahahh!!!

waahhhhh!!
lama rasanya tak menjingjangkan leher untuk menjenguk keadaan disini..
bak kate orang yang aku x sure sape orangnye.. kalau dah lame x update blog mesti ckp...
"dah bersawang blog ni"
ni haa.. ayat 'tipikal' sesetengah blogger yg bukan TEGAR..
sebab kalau TEGAR mesti beliau update hari2 punya la..
betoi dak3x?


ni haa.. kasi tunjuk sikit itu spider web maa..

soalan   : awat kat spider web ni x dak tuan?
answer (ececece, tetibe je omputeh)   : mana aku nk p taw sapa dia tuan dia..
soalan   : hang loyar noh dgn ak?
answer  : bila pulak ak jd loyar? dip. in fisio pon x habih lg..sabaq lu nk suruh ak jd loyar pon..
soalan   : woi! xpa2..ak tnya leklok.. hai cik answer, awat hang buh gmbr web je?spidernya mana?
answer  : haa..mcm tu la cik soalan oii..tnya biaq terang.. ak ad bnyk torchlight kat umah kalau hang nk pnjm bg lg terang....
soalan   : ish budak answer ni..org kata loyar hg nk marah, org tnya leklok x maw jwb!! malaih ak kwn ng hg..
answer  : olololo soalan, sabaq sat..ak nk jwb la ni..
soalan   : cpt ckt! sabar ak ni ak nak simpan untuk bnda lain lg..cpt!
answer  :baek!! ak jwb skrg jg.. sebenaqnya..ak x bubuh gmbq spider sbb ak...
answer: ak....
answer: ak....
     
                       (mak ai..omputeh lg)

soalan: hang apa?!?
answer: ak..hehehe..ak x bekenan sngt dgn spider ni..cheq takut..
soalan: puii!!! tu ja? punya lama ak tunggu!!
answer: hehe, ak saja nk bg pnjg sikit post kat blog ak ni..haha
soalan: @#$%^&*?@#!

BTW : thx to soalan sbb sudi melayan kerenah answer..
P/S: sebenaqnya soalan dgn answer tu hanyalah monolong dalaman ak..

papepon..gmbr ni answer gagahi juga post special untuk soalan..

                       eeeee...soalan..anda puas?

bai!









Monday 21 January 2013

kenangan kenangan kenangan

SALAM..

hehe..haha..huhu..
tiba-tiba rasa macam nak gelak je..

Alhamdulillah,
selama 6 minggu berpraktikal di HOSPITAL KAJANG
akhirnya selesai jugak urusan kami.
terima kasih Ya Allah, kerana mempermudahkan urusan kami..
(banyak jugak la PANCAROBA yang kami tempuhi)



banyak benda yg aku belajar kali ni..
banyak benda yang aku x tahu aku tahu, aku dah tahu..
hahaha..ayat tu x leh nak berbelit lagi kan?...(~"")
dan, banyak benda jugak yang aku x tahu aku tahu sekarang..
menimba ilmu baru, menimba pengalaman baru..



minggu-minggu terakhir yang amat sibuk
disebabkan "kesukaan" kami buat keje last minit..
berjaya diatasi walaupun diiringi dengan "menggelabahnya"

tidur pukul 3,4,5 pagi..
minum kopi sampai jadi active..
malam-malam je umah sewa kami jadi zoo..
musang ada, burung hantu ada, nasib baik vampire takde..



pagi-pagi bangun pukul 6.45..
kalau nasib kurang baik pukul 7,
masing-masing lintang pukang bersiap,
dah x sempat nak usha S. Kunalan depan umah,
kalau dulu, itu la hobi member aku pagi-pagi,
punchcard last-last week ni x pernah nak awal..
paling lewat, 7.58am..terer kan kami?
haha..x sengaja xpe..
tu x kira lagi kalau mesin punch tu rosak..
halamakaii, peluh-peluh ketiak pi lari pagi-pagi cari mesin baru..
haishh.. macam-macam..



walaupun ini semua berlaku, ianya tetap menjadi kenangan terindah dalam hidupku..
(hehe,ayat x leh blah..pssstt!! tiru lagu je pon..)

apa-apa pun..aku harap next posting akan jadi lebih baik daripada kat sini..
good luck diucapkan kepada member-member seposting di KAJANG..
semoga kalian bahagia di last posting..semoga aku juga bahagia..  :)
(lagi ayat x leh blah)










bersama CI yang banyak membantu..
seronok sangat dapat bergosip bersama..hahaha

bai!


Monday 19 November 2012

AwesOme : PRAY FOR GAZA!!

salam..



sedih bila baca pasal GAZA..
saudara seislam di sana..
hidup di bawah percikan "bunga api" israel..
kanak-kanak yang sepatutnya riang bermain..
tetapi mereka berlari-lari mencari perlindungan untuk terus hidup..

ibu bapa yang kematian anak-anak kecil yangg baru sahaja melihat dunia
kanak kanak yang hilang tempat bergantung kerana kematian ibu bapa..

bayangkan semua ini terjadi ke atas diri kita sendiri?
mampukah kita? mampukah kita untuk menerima dugaan ini? mampukah kita untuk menempuhi ini semua?
sejujurnya, aku sendiri tidak mampu untuk menjawab pertanyaan ini..

sebagai saudara seislam..kita hanya mampu membantu mereka dari jauh..
kita hanya mampu berdoa..
berdoa untuk kabaikan mereka..
berdoa untuk keamanan mereka..
berdoa untuk kebebasan mereka..
berdoa agar Allah menerima doa-doa kita semua demi mereka..
SAUDARA KITA YG DALAM KESUSAHAN..

BERDOALAH!




sebagai seorang manusia walaupun berlainan agama..
tetapi kita masih mempunyai satu sifat mulia ini iaitu perikemanusiaan...
kemanakah hilangnya sifat keperimanusiaan kita?jika kita masih tidak mengambil apa-apa tindakan..
kanak-kanak dibunuh sesuka hati..
tidak tersentuhkah hati kita tatkala melihatnya?

walau apa jua caranya, walau sekecil mana bantuan mereka..
aku pasti, ia amat amatlah BERHARGA kepada mereka..

yang ingin menderma ini caranya:

Sumbangan melalui SMS

Para dermawan juga boleh memberikan sumbangan melalui SMS. Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3> (10 / 5/ 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan) 
2. Hantar ke 39111

Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Mulakan sekarang. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

Mohon sebarkan.
sumber: https://www.facebook.com/AmanPalestinMalaysia

Photo: "Siapakah yang akan membela nasib anak kecil ini dari Pengganas Yahudi itu.......???  "

"Ya Allah, binasakanlah kaum Yahudi dan tentera Israel dan cerai-beraikanlah kesatuan mereka ....!"

Amiin..........



Korea

Barcelona
Italy

London

Lubnan

Perancis